Tuesday, January 1, 2013

Borang Bayaran Pelajar

Hi dan As Salam

Esok, bermulalah kerjaya saya sebagai guru pendidikan khas
bagi tahun 2013. Perasaan ? Rindu pada anak murid, pasti !

Kebiasaannya hari pertama di sekolah saya, para ibu bapa
akan datang untuk membeli alat keperluan seperti buku tulis,
pensil dan sebagainya. Memang tiada yuran dikutip namun
mereka biasanya menanyakan keperluan barangan anak  mereka.

Masa mesyuarat guru yang lepas, wakil koperasi sekolah 
saya telah memberikan jadual dan senarai harga barangan sekolah.
Jadi, esok pastinya saya dan para guru serta ppm akan edarkan
kepada para ibu bapa. Masa tu pasti ada sesi pilih - memilih.
Maklumlah, lain ibu bapa lain ragamnya. Biasanya ada
yang akan mengatakan ini dah ada, itu dah ada dan sebagainya.

Sebagai guru, mana yang penting kita terangkan kepada
ibu bapa namun jangan sampai membebankan. Perlu sediakan
pelan alternatif sekiranya permintaan di luar jangkauan.
Sekolah saya terletak di kawasan luar bandar, jadi rata - rata
ibu bapa bagi para pelajar pendidikan khas di sini bukan orang senang.

Setelah dua tahun menghadapi kerenah hari pertama persekolahan,
tahun ini saya lebih bersedia untuk berjumpa dengan ibu bapa esok.
Dua tahun juga saya memegang jawatan bendahari PPKI termasuklah
tahun ini. Jadi saya sediakan borang bayaran yang simple untuk 
mencatit tentang pembayaran yang akan diterima esok.

Senang untuk saya catit dan ingat. Maklumlah esok pasti kelam
kabut terutama jika ibu bapa pelajar bergegas mahu pulang segera.
Lepas selesai semua, barula saya ke koperasi untuk pembelian pukal.

Simple je borang saya, yang penting memudahkan urusan.
Kerja pun menjadi lebih tersusun dan sistematik. Ruangan kosong
dalam borang tu saya cuma masukkan nama barangan sahaja esok.
Resit pun sudah sedia ada. Senang nak trace kalau misplaced :)


Semoga urusan esok dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Selamat kembali ke sekolah 2013 !

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com