Wednesday, January 9, 2013

Bahan Digital (CD-ROM) Pendidikan Khas

Hi dan As Salam

Semasa memulakan persekolahan pagi tadi, penyelaras PPKI
sekolah saya menyerahkan dua bahan digital CD - ROM yang
terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Saya sangat gembira kerana Bahasa Inggeris merupakan sebahagian
daripada matapelajaran yang saya ajar tahun ini. Tambahan pula
ini kali pertama sekolah saya menerima bahan digital berkonsepkan
pendidikan khas. Saya telah semak kandungannya dan berpuas hati.

Oleh kerana sekolah saya tidak mempunyai komputer yang lengkap,
berkemungkinan besar saya akan menggunakan laptop dan projector,
lebih besar dan selesa untuk menggunakan bahan tersebut berbanding
bersesak - sesak di hadapan sebiji dua komputer.

Perisian yang ada dalam CD - ROM ini menggunakan pelayar
seperti internet explorer, mozzila firefox atau google chrome
sebagai asas layaran kepada semua perisian.

 muka hadapan bekas CD - ROM

 MEMO DALAMAN DARI BTP

 KANDUNGAN DALAM BEKAS CD

 ANTARA PAPARAN MUKA 'ENGLISH"

 PAPARAN MUKA UTAMA BAHASA MELAYU

ANTARA PAPARAN MUKA 'ENGLISH'

Selamat Mengekspolarasi Guru - Guru PPKI !

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com